Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bard Beri Fakta Tak Tepat, Alphabet Kerugian Lebih RM430 Bilion Nilai Pasaran

Netflix Perluas Perkongsian Kata Laluan Berbayar Ke Empat Lagi Negara

Diterbitkan Februari 9, 2023 ยท Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Netflix hari ini mengumumkan ciri perkongsian kata laluan berbayar telah diperluaskan ke empat lagi negara.

Berkaitan

  • Hampir Tiba, 'Era' Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir
  • Pengguna Netflix Kelak Mungkin Perlu Sambungkan Peranti Dengan Wi-Fi Di Lokasi Utama Setiap Bulan
  • Netflix Tersilap Paparkan Halaman Tentang Sekatan Kata Laluan

Menurut Netflix, pihaknya kini telah bersedia untuk menawarkan ciri itu secara lebih meluas dalam beberapa bulan akan datang, dengan bermula di empat lagi negara termasuk New Zealand, Kanada, Sepanyol dan Portugal.

Dinyatakan, fokus utama Netflix adalah untuk memberikan ahli kawalan yang lebih besar ke atas siapa yang boleh mengakses akaun mereka.

Berikut adalah kos tambahan yang perlu dibayar untuk menambah ahli bagi setiap negara di bawah:

  • Kanada – CAD$7.99 (~RM25.56)
  • New Zealand – NZD$7.99 (~RM21.70)
  • Portugal – Euro 3.99 (~RM18.40)
  • Sepanyol – Euro 5.99 (~RM27.63)

Selain itu, Netflix memaklumkan hanya pelan langganan Standard dan Premium yang mempunyai keupayaan untuk membuat pembelian ahli tambahan, dengan masing-masing adalah satu dan dua ahli tambahan.

Netflix Perluas Perkongsian Kata Laluan Berbayar Ke Empat Lagi Negara

Mengimbas kembali, Netflix sebelum ini dilaporkan merancang untuk menguatkuasakan ciri perkongsian kata laluan berbayar lebih meluas menjelang akhir Mac 2023.

Untuk pengguna di Malaysia, belum lagi diketahui bila ia akan diperkenalkan serta bayaran yang bakal dikenakan di negara ini bagi membanteras perkongsian kata laluan platform penstriman itu.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY