Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NETFLIX PROFILE

Pengguna Netflix Kelak Mungkin Perlu Sambungkan Peranti Dengan Wi-Fi Di Lokasi Utama Setiap Bulan

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Netflix dalam perancangan untuk memperluas ciri perkongsian kata laluan berbayar kepada lebih banyak negara, menjelang akhir Mac 2023.

Menerusi laman FAQ, Netflix menyatakan pengguna yang tidak tinggal serumah perlu menggunakan akaun mereka sendiri untuk menonton platform penstriman itu dan menjelaskan bagaimana pihaknya dapat mengesan peranti. Namun, ia mungkin secara umum sahaja.

Berkaitan

  • Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat
  • Hampir Tiba, 'Era' Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir
  • Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

Sejak awal tahun lalu, Netflix telah menguji ciri perkongsian kata laluan berbayar untuk pengguna di Chile, Costa Rica dan Peru, di mana memerlukan pengguna membayar caj tambahan untuk pengguna tambahan yang berada di luar isi rumah pemilik akaun.

Melalui FAQ untuk negara berkenaan, ia mungkin memberi gambaran lebih jelas bagaimana Netflix dapat menghalang perkongsian kata laluan kelak.

Perlu sambungkan Wi-Fi sama setiap bulan

Dinyatakan, untuk meneruskan penggunaan Netflix, setiap peranti perlu disambungkan dengan Wi-Fi di lokasi utama pemilik akaun, sekurang-kurangnya untuk setiap 31 hari atau sebulan. Netflix menyatakan peranti yang bukan sebahagian daripada lokasi utama mungkin akan disekat daripada menonton Netflix.

Untuk itu, pemilik akaun boleh menambah ahli tambahan bagi pengguna di luar isi rumah dengan caj tambahan.

Pengguna Netflix Kelak Mungkin Perlu Sambungkan Peranti Dengan Wi-Fi Di Lokasi Utama Setiap Bulan

Ini bermakna, ahli tambahan akan mempunyai akaun dan kata laluan mereka sendiri, tetapi slot ahli tambahan akan dibayar oleh pemilik akaun yang menjemput mereka untuk menyertai Netflix.

Pengguna Netflix Kelak Mungkin Perlu Sambungkan Peranti Dengan Wi-Fi Di Lokasi Utama Setiap Bulan

Bagaimanapun, jurucakap Netflix menjelaskan kepada The Verge belum dapat disahkan cara yang akan digunakan untuk pelanggan penstriman di Amerika Syarikat (AS).

Dengan itu, masih juga belum diketahui jika Netflix akan melakukan langkah yang serupa atau sebaliknya, bagi menghalang perkongsian kata laluan untuk pengguna di Malaysia. Namun, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan gambaran bagaimana Netflix melaksanakannya.

Sumber: Netflix Chile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY