Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony google smart tv

Netflix Tersilap Paparkan Halaman Tentang Sekatan Kata Laluan

Diterbitkan Februari 7, 2023 · Dikemas kini Februari 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, laporan mengatakan Netflix akan menguatkuasakan kaedah baharu untuk memastikan hanya pengguna isi rumah saja dapat mengakses akaun. Ini untuk membanteras isu (bagi Netflix) perkongsian kata laluan.

Dengan pelaksanaan terbaru itu, pengguna perlu mengakses Netflix dan menonton kandungan melalui sambungan Wi-Fi yang sama, paling tidak pun sekali dalam sebulan.

Ia agak rumit tapi lebih kurang begitulah secara ringkas. Baca artikel INI untuk berita penuhnya.

Berkaitan

  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
  • Netflix Akan 'Banteras' Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023
  • Netflix Kongsikan Poster Siri Aksi Nyata One Piece, Bakal Hadir Tahun Ini
  • Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan
  • Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

Terbaru, Netflix berkata halaman berkenaan kaedah baharu itu diterbitkan secara tidak sengaja. Sebenarnya, kaedah itu sedang diuji di beberapa negara dan bukan untuk semua pengguna.

Kata syarikat itu, buat seketika, halaman bantuan itu mengandungi maklumat yang hanya terpakai untuk pengguna di Chile, Costa Rica dan Peru tetapi terpapar untuk pengguna negara lain pula.

Netflix passwrod sharing

Ia bagaimanapun sudah dikemas kini.

Tetapi, saya fikir ia mungkin tak jauh berbeza apabila ia dilaksanakan Netflix untuk pengguna seluruh dunia nanti.

Netflix pada tahun lalu mencatatkan kerugian terbesar dan penurunan pelanggan pertama kali dalam 10 tahun. Disebabkan itulah mereka mengambil langkah untuk membasmi perkongsian kata laluan yang memudahkan pengguna berkongsi akaun.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY