Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix sued

Sebab Sekat Perkhidmatan Di Rusia, Netflix Diminta Bayar Pampasan Jutaan Ringgit

Diterbitkan April 13, 2022 oleh Faiz Munir

Sebulan telah berlalu sejak Netflix hentikan perkhidmatan mereka di Rusia. Hal ini berikutan daripada langkah yang diambil oleh beberapa syarikat besar yang menarik balik dan menyekat jualan mereka di sana.

Menurut BB-CNTV, dilaporkan bahawa syarikat penstriman Netflix itu telah dikenakan tindakan undang-undang kerana enggan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna di Rusia.

RIA Novosti melaporkan bahawa Netflix diminta untuk membayar pampasan sebanyak 60 juta Rubles (RM3.06 juta) kerana syarikat tersebut telah meninggalkan pasaran Rusia dan melanggar kontrak kewajiban mereka kepada pengguna.

Di samping itu, Netflix juga telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran untuk semua projek di Rusia.

Buat masa ini, terdapat 20 orang yang memfailkan saman dalam kumpulan plaintif. Kira-kira, terdapat 100 lagi permohonan yang sedang diproses.

Sumber: BB-CNTV

Baca juga:

  • Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia
  • Nubia RedMagic 7 Global Rasmi, Dapatkan Dengan Harga Serendah RM2799
  • Ciri Yang Paling Ditunggu-Tunggu Semua Pengguna WhatsApp Akhirnya Sudah Tiba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY