Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix spatial audio

Ramai Kecewa Harga Netflix Naik Tapi Untuk Kebaikan

Diterbitkan April 7, 2022 · Dikemas kini April 7, 2022 oleh Firdaus

Sejak Netflix melaksanakan kenaikan harga langganan semua pelan di US pada awal 2022, ramai pelanggan telah memilih untuk menamatkan langganan mereka terhadap platform itu.

Pelan standard Netflix telah meningkat kepada $15.49 (RM65.40) daripada RM59 manakala pelan 4K telah meningkat kepada $19.99 (RM84) sebulan daripada RM76. Selain itu, pelan basic juga telah mencatatkan kenaikan harga kepada $9.99 (RM42) daripada RM38.

Sementara itu, Pelan standard Netflix Malaysia masih tidak berubah sejak peningkatan harganya pada 2020. Pelan standard di Malaysia berharga RM45 manakala pelan 4K berharga RM55 untuk kandungan video pada format kualiti tertinggi 4K. Pelan basic untuk langganan Netflix Malaysia berada pada tanda harga RM35.

Disamping itu, harga langganan Netflix di Kanada turut mencatatkan kenaikan harga tetapi negara-negara Eropah dan UK tidak terkesan dengan kenaikan harga tersebut. Netflix akan menghantar emel peringatan kenaikan harga langganan kepada pelanggan dan kenaikan tersebut bermula selepas 30 hari.

Media sosial di US seperti Twitter telah menjadi tempat luahan perasaan akan mereka yang senang dengan kenaikan harga yang tidak masuk akal bagi mereka.

https://twitter.com/DennisCoxCT/status/1499226730158080000?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1499226730158080000%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamingbible.co.uk%2Fnews%2Fhefty-netflix-price-increase-drives-customers-to-cancel-subscription-20220307

Every year we will have this email from Netflix. Enough is enough!!!
They start with $5 now…
We need speak up as a customers and stop this and if they don’t listen we need cancel our plan with Netflix. pic.twitter.com/AtKjFM3ZcL

— Harrison Fekrat (@HarrisonFekrat) February 28, 2022

Netflix menyatakan bahawa kenaikan tersebut untuk para pelanggan juga agar mereka dapat memberikan lebih banyak kandungan yang menarik.

Sementara itu, Netflix Malaysia tidak memberi sebarang pengumuman akan kenaikan harga langganan mereka disini. Kali terakhir Netflix Malaysia memperbaharui harga langganan adalah pada 2020. Walau bagaimanapun, tidak mustahil kenaikan harga langganan boleh berlaku dek kerana trend kenaikan harga yang melanda Malaysia pada tahun ini.

Harga Pelan Netflix

Jika anda mencari alternatif kepada Netflix, kami mencadangkan Disney+ Hotstar yang menawarkan pilihan siri drama atau filem Disney dan Marvel yang pelbagai.

Akan tetapi hanya satu pelan sahaja yang tersedia dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan di mana bagi saya ia lebih berbaloi berbanding tawaran pelan Netflix. Namun, kandungan Netflix sebenarnya jauh lebih banyak berbanding Hotstar.

Sumber: GamingBible

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • MSI Tawar Potongan Harga Sehingga RM3,000 Bersempena Ramadan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY