Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari

NASA Beri Amaran, Jangan Rakam Gerhana Matahari Dengan Telefon Pintar

Diterbitkan April 8, 2024 · Dikemas kini April 8, 2024 oleh ariff bukhari

Di tengah keghairahan masyarakat dunia menyaksikan dan bersedia untuk merakam fenomena gerhana Matahari penuh yang berlaku hari ini, NASA hari ini mengeluarkan amaran sebagai peringatan kepada orang ramai untuk tidak merakam feneomena itu dengan telefon pintar.

Menerusi hantaran di X, NASA menyatakan bahawa “sensor telefon boleh rosak sama seperti sensor imej lain jika ia dihalakan terus ke matahari.” Dengan kata lain, anda boleh memusnahkan sensor kamera telefon anda semasa cuba merakam fenomena itu.

We asked our @NASAHQPhoto team, and the answer is yes, the phone sensor could be damaged just like any other image sensor if it’s pointed directly at the Sun. This is especially true if you’re using any sort of magnifying lens attachment on the phone. You would need to utilize…

— NASA (@NASA) April 4, 2024

NASA juga turut mengesyorkan orang ramai untuk pastikan anda mengetahui keupayaan kamera anda.

NASA berkata, “Kebanyakan kamera, dan juga beberapa kamera telefon, mempunyai exposure boleh laras, yang boleh membantu anda menggelapkan atau mencerahkan imej anda semasa pencahayaan gerhana yang rumit. Pastikan anda tahu cara memfokuskan kamera secara manual untuk tangkapan yang jelas.”

Untuk kamera DSLR pula NASA menyatakan, cara terbaik untuk menentukan exposure yang betul adalah dengan menguji tetapan pada Matahari yang tidak gerhana terlebih dahulu.

“Menggunakan apertur tetap f/8 hingga f/16, cuba kelajuan pengatup antara 1/1000 hingga 1/4 saat untuk mencari tetapan optimum, yang kemudiannya boleh anda gunakan untuk mengambil imej semasa peringkat separa gerhana. Semasa keseluruhan, korona mempunyai julat kecerahan yang luas, jadi sebaiknya gunakan apertur tetap dan julat dedahan daripada kira-kira 1/1000 hingga 1 saat.” NASA.

Fenomena Gerhana Matahari Penuh pada 8 April 2024 hari ini akan bermula jam 23:42:15 dan berakhir pada 9 April 2024 jam 04:52:19 waktu Malaysia.

Walau bagaimanapun, fenomena ini ????? ????? ?????????? ?? ???????? kerana laluan bayang-bayang umbra (bahagian bayang yang sangat gelap, bayang Bumi atau Bulan) dan penumbra Bulan (bahagian bayang luaran separa gelap) tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

Fenomena Gerhana Matahari Penuh ini akan dapat disaksikan penduduk yang berada di laluannya di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY