Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari 2

Gerhana Matahari Penuh Bermula Jam 23:42:15, 8 April 2024

Diterbitkan April 5, 2024 · Dikemas kini April 5, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)  hari ini memaklumkan, fenomena Gerhana Matahari Penuh akan berlaku pada 8 April 2024, 1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu kedudukan Bulan terdekat dari Bumi di dalam orbit Bulan mengelilingi Bumi dengan jarak 358,850 km.

Magnitud Gerhana Matahari Penuh kali ini pula adalah 1.0566.

Fenomena Gerhana Matahari Penuh

Fenomena Gerhana Matahari Penuh pada 8 April 2024 ini akan bermula jam 23:42:15 dan berakhir pada 9 April 2024 jam 04:52:19 waktu Malaysia.

Walau bagaimanapun, fenomena ini ????? ????? ?????????? ?? ???????? kerana laluan bayang-bayang umbra (bahagian bayang yang sangat gelap, bayang Bumi atau Bulan) dan penumbra Bulan (bahagian bayang luaran separa gelap) tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

Fenomena Gerhana Matahari Penuh

MYSA berkata, fenomena Gerhana Matahari Penuh ini akan dapat disaksikan penduduk yang berada di laluannya di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Laluan Gerhana Matahari Penuh (lintasan bayang umbra Bulan) dengan kelebaran 142km hingga 202 kilometer ini akan bermula di Lautan Pasifik Selatan, melintasi Mexico Utara, 15 negeri di Amerika Syarikat (Texas, Oklahoma, Arkansas, Missouri, Tennessee, Kentucky, Illinois, Indiana, Ohio, Michigan, Pennsylvania, New York, Vermont, New Hampshire, dan Maine) dan kemudian melintasi 6 wilayah Kanada iaitu Ontario, Quebec, New Brunswick, Pulau Prince Edward, Nova Scotia, dan Newfoundland sebelum berakhir di Lautan Atlantik.

Fenomena Gerhana Matahari Penuh April 2024 Pernah Dilaporkan 54 Tahun Dahulu

Tempoh gerhana maksimum yang paling lama iaitu selama 4 minit 28 saat pula akan dapat disaksikan penduduk yang berada di Torreon, Mexico.

Sementara, Gerhana Matahari Separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayang penumbra Bulan yang lebih luas dan dapat disaksikan di seluruh Amerika Utara dan Amerika Tengah.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Fenomena Gerhana Matahari Penuh April 2024 Pernah Dilaporkan 54 Tahun Dahulu

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY