Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Glasier Thwaites

‘Doomsday Glacier’ Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat

Diterbitkan Disember 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Dunia sekarang sudah kian cepat membangun. Pelbagai teknologi baharu yang sudah diperkenalkan untuk memudahkan manusia tetapi pada masa sama, hutan sering diteroka dan menyebabkan pemanasan global berlaku.

Berdasarkan laporan terbaru, beberapa pakar glasier memberi amaran dan menjangkakan bahawa glasier Thwaites atau lebih dikenali sebagai ‘Doomsday Glacier’ di Benua Antartika kini sedang mengalami pencairan jauh lebih pantas.

Katanya, mereka mendapati bongkah ais Larsen B yang seluas 3250km persegi dan setebal 200 meter di kawasan tersebut mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya. Bongkah ais itu mencair umpama tembok yang roboh dan pecah seperti ratusan ribu batu bata.

Namun, Larsen B ini bukanlah ‘Doomsday Glacier’. Menurut beberapa saintis yang telah mengadakan pertemuan di New Orleans, mereka mengatakan ‘Glasier Kiamat’ ini sedang mencair.

‘Doomsday Glacier’ Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat
Kredit: Alex Mazur/British Antarctic Survey

Pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat yang telah melakukan penyelidikan selama bertahun-tahun menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku di atas dan di bawah glasier Thwaites.

Buat pengetahuan, glasier Thwaites ini merupakan salah satu glasier terbesar di dunia. Malah, saiz Thwaites ini menjadikan bongkah ais Larsen B ibarat bongkah kecil sahaja.

Tambahan lagi, glasier Thwaites mempunyai saiz 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain dan mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut di dunia meningkat lebih setengah meter.

Para saintis meramalkan sebahagian retakan glasier tersebut mungkin runtuh dalam tempoh lima tahun akan datang atau kurang. Dengan ini, ia bakal memberikan kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia sebanyak 4%.

Lebih teruk, kajian satelit memperlihatkan glasier itu mencair dengan sangat cepat berbanding yang berlaku pada tahun 1990-an.

Sumber: kosmo

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer

  • Satelit Mendedahkan Suhu Permukaan Lingkaran Artik Mencecah Sehingga 48 Darjah Celsius

  • NASA Merakam Imej Glasier Mencair Selepas Suhu Di Antartika Menyamai Suhu Di Los Angeles

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY