Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ISU cipset arm

‘Architecture’ Cip Dari Pembangun Punca Kepada Isu “Overheating” Pada Peranti Android

Diterbitkan April 14, 2022 oleh Faiz Munir

Tiada siapa yang menginginkan isu kepanasan pada peranti Android mereka bila menggunakan cip andalan. Perkara ini menjadi perbualan lebih-lebih lagi ketika Samsung menghasilkan cipĀ Qualcomm iaitu Snapdragon 888.

Menurut BusinessKorea, perkara ini sebenarnya berlaku adalah disebabkan rekaan cip itu sendiri. Itulah yang telah menyebabkan isu prestasi dan kepanasan pada kebanyakan peranti Android.

“Buat masa ini, cip Snapdragon dari Qualcomm dan Exynos dari Samsung Electronics digunakan pada kebanyakan peranti andalan Android dan peranti inilah yang bermasalah dari segi kepanasan, prestasi dan penggunaan kuasa” kata sumber industri.

Tambahnya lagi, cip pemprosesan ARM tersebut disahkan mempunyai masalah yang sama untuk kedua-dua pengilang iaitu TSMC dan Samsung Electronics. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa ia berpunca daripada pereka cip tersebut dan bukannya pengilang.

Sementara itu, beberapa pakar menjelaskan bahawa masalah ini berpunca daripada beberapa faktor seperti proses pembuatan, rekaan cipset yang digunakan, komponan perisian dan prestasi peranti itu sendiri.

“iPhone juga menggunakan cipset seni bina ARM tetapi peranti tersebut tidak menghadapi isu kepanasan dan prestasi” kata salah seorang pakar. “Ini kerana, cip tersebut telah disesuaikan oleh Apple dengan iOS”.

“Namun, Qualcomm dan Samsung Electronics pula menghasilkan cip tersebut untuk digunakan pada pelbagai jenis model. Menggunakan cip tersebut tanpa membuat sebarang perubahan menjadi sebab mengapa cip ini bermasalah” hurainya.

Sumber: BusinessKorea

Baca juga:

  • Sebab Sekat Perkhidmatan Di Rusia, Netflix Diminta Bayar Pampasan Jutaan Ringgit
  • Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia
  • Ribut Solar Tahap G2 Diramal Hentam Bumi Hari Ini, Perkhidmatan Internet Mungkin Terganggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY