Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nama POCO M2 Pro Dikesan, Mungkinkah Peranti Pertengahan Dari POCO?

Posted on Jun 19, 2020

Kesinambungan POCO F1 diteruskan lagi dengan kehadiran POCO F2 Pro dan ia sudahpun rasmi ditawarkan pada pasaran tempatan. Belum pun reda lagi sebahagian daripada anda bercerita mengenai kedatangan peranti baru tersebut, satu lagi nama dikesan melibatkan jenama tersebut.

Dipanggil sebagai POCO M2 Pro, peranti ini dikatakan muncul pada penyenaraian laman piawaian India, Bureau of Indian Standard (BIS). Khabar angin juga bertiup ketika ini menyatakan ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Antara spesifikasi awal yang digembar-gemburkan adalah pengguna Snapdragon 720G dan tiada lagi maklumat lain yang diperolehi. Jika POCO X2 dan POCO F2 Pro dijenamakan semula daripada Redmi K30, peranti ini mungkin berasaskan Redmi Note 9 Pro apabila melihat kepada cip pemproses.

Tetapi itu hanyalah ura-ura yang berlegar ketika ini dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar.

Sumber: Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress