Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kabel internet

Naik Taraf Jalur Lebar Tembaga Kepada Gentian Optik Akan Tingkat Kelajuan Sehingga 1Gbps

Diterbitkan Disember 2, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam Laporan Tahunan 2021 – Pemberian Perkhidmatan Sejagat memaklumkan, naik taraf rangkaian capaian jalur lebar tembaga sedia ada kepada rangkaian capaian dan perkhidmatan jalur lebar gentian optik di kawasan- kawasan Sasaran Perkhidmatan Sejagat (SPS) di seluruh negara sedang dilaksanakan.

Keseluruhan kemudahan jalur lebar tembaga sedia ada yang dinaik taraf itu meliputi sejumlah 933,724 pelanggan, di mana 377,360 daripadanya adalah pelanggan sedia ada.

Inisiatif ini melibatkan sebanyak 433 kawasan SPS untuk dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap menggunakan teknologi Fiber to the Home (FTTH) dengan kelajuan capaian jalur lebar sehingga 1Gbps.

Berkaitan

  • Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia
  • iPhone 14 Pro Max Ini Telah Diubah Suai Dengan Skrin Melengkung
  • Lelaki Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan 'Emergency SOS via Satellite' Pada iPhone 14

Inisiatif ini telah pun dimulakan sejak 15 Mac 2021 dan disasarkan akan siap dilaksanakan pada bulan Mac tahun 2023.

MCMC memaklumkan, setakat 31 Disember 2021, sejumlah 144,166 pelanggan telah dinaik taraf daripada jalur lebar tembaga kepada jalur lebar gentian optik.

Sementara terdapat juga 47,842 pelanggan telah membuat peralihan kepada perkhidmatan lain.

Jadual di bawah menunjukkan naik taraf tembaga kepada gentian optik mengikut negeri setakat 31 Disember 2021

Naik Taraf Tembaga kepada Gentian Optik Mengikut Negeri

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY