Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data e-penyata

NACSA Akan Buat Kenyataan Berhubung Insiden Pencerobohan Data e-Penyata Gaji – MenKOMM

Diterbitkan September 18, 2022 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini dilaporkan telah mendapat petunjuk tertentu berhubung dakwaan kecurian data penyata gaji (ePenyata Gaji) penjawat awam, dan kenyataan lanjut mengenainya akan dibuat oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan memandang serius berhubung isu ketirisan serta kecurian data, dan telah mengadakan beberapa mesyuarat serta perbincangan mengenainya.

Berkaitan

  • Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna
  • Penggodam Dakwa Sistem e-Penyata Gaji Diceroboh, Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

Menurut Annuar, dalam kes dakwaan kecurian data yang melibatkan penyata gaji penjawat awam dan sebagainya, pihak kementerian bersetuju supaya tidak ramai pihak yang mengeluarkan kenyataan, selain tidak mahu mengganggu penyiasatan yang sedang dijalankan. Sebarang kemas kini perlu dikeluarkan oleh NACSA dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pihaknya telah mendapat petunjuk yang tertentu dan tindakan bakal menyusul.

Terdahulu, sekumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai organisasi keselamatan siber ‘Gray Hat’ dilaporkan telah menghantar surat ugutan kepada kerajaan Malaysia, yang mendakwa mempunyai akses kepada sejumlah maklumat peribadi penjawat awam melalui pencerobohan sistem e-Penyata Gaji.

Dalam pada itu, Annuar berkata isu kecurian data menjadi satu fenomena, dan berikutan itu pihaknya telah membentuk satu kerangka kerja untuk membaiki atau melindungi masalah berkenaan.

Bagi mengelakkan salah faham, Annuar turut menjelaskan jika berlaku kecurian data membabitkan data peribadi di bawah kelolaan syarikat dan swasta, ia termasuk di bawah Akta Perlindungan Peribadi dikelolakan Jabatan Perlindungan Data iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Bagaimanapun, jika membabitkan data dari institusi, Jabatan Kementerian, ianya termasuk di bawah NACSA dan JPM.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY