Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter office_

Berkuat Kuasa Serta Merta, Semua Bangunan Pejabat Twitter Ditutup Sementara Waktu

Diterbitkan November 18, 2022 · Dikemas kini November 18, 2022 oleh Amalina Athman

Twitter kini dilapor telah memaklumkan kepada pekerja yang mana berkuat kuasa serta merta, semua bangunan pejabat ditutup buat sementara waktu dan akses badge telah digantung. Tiada perincian diberikan mengapa tindakan ini diambil.

Namun, tindakan itu dipercayai kerana Elon Musk dan pasukannya bimbang pekerja akan melakukan sabotaj pada syarikat itu.

We're hearing this is because Elon Musk and his team are terrified employees are going to sabotage the company. Also, they're still trying to figure out which Twitter workers they need to cut access for.

— Zoë Schiffer (@ZoeSchiffer) November 17, 2022

 

Terdahulu, Musk awal minggu ini memberitahu pekerja bahawa Twitter akan menjadi “extremely hardcore” pada masa hadapan, dengan pekerja dijangka menghabiskan masa yang lama pada intensiti tinggi. Pada Rabu, Musk juga telah menghantar Google Form dan bertanya pekerja jika mereka mahu terus kekal dalam syarikat itu dan memberikan respon “ya” sebelum 6.00 pagi, hari ini.

Berkaitan

  • Pekerja Twitter Diarahkan Bekerja Di Pejabat Sekurang-Kurangnya 40 Jam Seminggu
  • Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara
  • Elon Musk Bakal Kembalikan Semula Twitter Blue Pada 29 November

Bagaimanapun, ratusan pekerja Twitter hari ini dilapor telah meletak jawatan daripada syarikat itu daripada memilih untuk menjadi sebahagian daripada “Twitter 2.0” di bawah Elon Musk. Di Twitter, rata-rata pekerja mula memuat naik ciapan dengan tanda pagar #LoveWhereYouWorked.

After 8+ years, I still don't know what to say in this Tweet.

It was one hell of a ride and a highlight of my career. 🫡💙#LoveWhereYouWorked pic.twitter.com/ccxKlUgcfR

— Brian (@brayniac) November 17, 2022

Sementara itu, pejabat Twitter dijangka dibuka semula pada 21 November. Dalam masa yang sama, pekerja diminta untuk mematuhi dasar syarikat daripada membincangkan maklumat sulit Twitter secara terbuka seperti di media sosial, akhbar dan sebagainya.

Gambar utama: Justin Sullivan/Getty Images

Sumber: Zoe Schiffer, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY