Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ming-Chi Kuo: Pengeluaran iPhone 13 Dijangka Tidak Mengalami Kelewatan Seperti iPhone 12

Ming-Chi Kuo: Pengeluaran iPhone 13 Dijangka Tidak Mengalami Kelewatan Seperti iPhone 12

Diterbitkan Disember 14, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, pelancaran barisan iPhone 12 pada tahun ini mengalami kelewatan berikutan pandemik COVID-19. Baru-baru ini, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo telah mendedahkan pengeluaran model iPhone 13 dengan cip A15 dijangka akan kembali dijadualkan seperti biasa.

Pada kebiasannya, Apple memulakan pengeluaran secara besar-besaran iPhone pada awal musim panas, namun laporan menyatakan pengeluaran iPhone 12 hanya bermula pada September, yang mendorong Apple buat pertama kalinya (sejak 2011) menangguhkan acara pelancaran iPhone 12 sehingga Oktober.

Sementara itu, penjualan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro pula hanya bermula 23 Oktober, dan diikuti iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max pada 13 November. Untuk pasaran Malaysia, kesemua model ini dijual secara rasmi pada 13 November lalu.

Dalam pada itu, Kuo turut mengatakan permintaan iPhone tetap kukuh, terutama untuk model iPhone 12 Pro, yang menghadapi kekurangan komponen kamera dan menyumbang kepada kelewatan penghantaran melalui pembelian di laman web Apple.

Dengan jangkaan pengeluaran iPhone 13 akan dijadualkan seperti biasa, kemungkinan acara pelancarannya juga akan kembali diadakan pada September. Namun, perkara ini mungkin berubah berikutan keadaan global yang masih berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY