Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Dah Boleh Guna Fungsi MySejahtera Trace

MySejahtera Kini Diiktiraf Dan Boleh Digunakan Di Eropah

Diterbitkan April 5, 2022 · Dikemas kini April 5, 2022 oleh Firdaus

Permulaan minggu ini memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia kerana Kesatuan Eropah secara rasmi telah mengesahkan kredibiliti sijil MySejahtera. Menerusi ciapan Twitter Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah Ke Malaysia, EU telah menerima permohonan Malaysia untuk mewujudkan keserataan Sijil MySejahtera dan Sijil Covid Digital EU.

Some great news: The EU 🇪🇺 has accepted Malaysia 🇲🇾 @officialmosti request for establishing the equivalence between EU’s Digital Covid Certificate and Malaysia’s MySejahtera. A booster for business and tourism! @KKMPutrajaya @Khairykj @MalaysiaMFA https://t.co/WFwa7wjSVQ pic.twitter.com/kj78PxZ0pZ

— Michalis Rokas (@MichalisRokasEU) April 4, 2022

Berdasarkan ciapan beliau, permohonan dan kerjasama yang terjalin ini direalisasikan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan menterinya, Khairy Jamaluddin. Selain itu, jalinan kerjasama ini bertujuan membantu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah.

Rakyat Malaysia sudah boleh memasuki negara-negara Eropah bermula 4 April minggu ini. Tambahan lagi, sijil MySejahtera yang membuktikan anda sudah lengkap vaksin Covid-19 telah diterima untuk anda memasuki Eropah. Pembukaan negara-negara Eropah ini selaras dengan inisiatif kerajaan membuka sempadan negara yang bermula pada 1 April ini.

Anda yang sudah lama simpan hasrat untuk melawat dan melancong ke Eropah, sekarang adalah peluang anda untuk memenuhi keinginan yang sudah lama tersimpan itu.

Sumber: Twitter

Baca:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • (Ulasan) vivo Y21T – Sesuai Untuk Yang Mahu Telefon Dengan Bateri Tahan Lama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY