Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri MOSTI

Kerajaan Sasar 6 Sektor Utama Ini Akan Lebih Banyak Gunakan Teknologi Nuklear

Diterbitkan Oktober 13, 2023 · Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh ariff bukhari

Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 telah pun dilancarkan yang mana ia merupakan agenda negara bagi mengurus perdanakan penggunaan teknologi nuklear dalam sektor utama.

Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang menjelaskan, DTNN 2030 memberikan tumpuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi nuklear kebangsaan bagi meningkatkan sumbangannya kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Dasar yang dirangka sehingga tahun 2030 ini pula tidak mengambil kira pembangunan teknologi nuklear sebagai penjana tenaga.

Sebaliknya, penggunaan teknologi nuklear adalah fokus bagi meningkatkan sumbangannya kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dengan memperkasakan 6 sektor utama iaitu perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan dan pertanian, pembuatan peranti dan peralatan, pengurusan alam sekitar dan sumber asli, aplikasi perindustrian, dan keselamatan & sekuriti nuklear.

Penjelasan Menteri MOSTI ini adalah bagi menjawab pertanyaan berkaitan sasaran meningkatkan penggunaan teknologi nuklear daripada 20% dan pelaburan industri bernilai RM1 bilion kepada 40% bernilai RM2.4 bilion pada 2030.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MCMC Sekat 3,150 Kandungan Berunsur Penipuan
  • Starlink Sedia Tawar Servis Selular Pada Tahun Depan

Sumber: FB Chang Lih Kang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY