Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyCC Dan MCMC Bersama Tangani Isu Persaingan Yang Semakin Kompleks

MyCC Dan MCMC Bersama Tangani Isu Persaingan Yang Semakin Kompleks

Diterbitkan Ogos 4, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai usaha mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua badan kawal selia.

MoU ini sekaligus sebagai tanda komitmen kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama dalam menangani isu persaingan yang semakin kompleks yang merangkumi bidang kuasa kedua-dua badan kawal selia.

MyCC MCMC
MOU ini ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus, Pengerusi MyCC, dan YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi MCMC.

Kerjasama paling signifikan antara MyCC dan MCMC  adalah tindakan penguatkuasaan menangani pengaturan eksklusif antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pemaju hartanah atau badan pengurusan bersama di bangunan kediaman bertingkat berikutan aduan yang diterima daripada orang awam.

Satu lagi bidang kerjasama adalah dalam menangani isu persaingan yang berkaitan dengan platform e-dagang dan penyedia perkhidmatan kurier.

MoU ini akan menjadi perintis kerjasama berstruktur di antara MyCC dan MCMC, termasuklah memperkukuhkan kerjasama, aktiviti advokasi, pembangunan kapasiti, kerjasama dalam penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan serta saling membantu antara satu sama lain dalam fungsi masing-masing yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua badan pengawal selia.

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • Internet 'Fiber' Lebih Murah? TM Giat Berunding Dengan Syarikat Telekomunikasi
  • Infinix GT 10 Pro Dikuasakan Dimensity 8050 Dan Sokong 5G

Sumber: Siaran media MCMC dan MyCC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY