Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xperia 1

#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED

Diterbitkan Februari 25, 2019 · Dikemas kini Februari 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi mengharungi pasaran telefon pintar masa kini, Sony telah mengumumkan Sony Xperia 1 yang bakal dipertaruhkan pada segmen kelas atasan.

Spesifikasi tumpuan pada peranti ini adalah penawaran skrin paparan 6.5 inci 4K OLED, tetapan 3 kamera dengan 2x zoom optikal dan mod rakaman Creator serta Cinema Pro yang dikuasakan oleh CineAlta.

Bernisbah 21:9 skrin CinemaWide ini dikatakan bakal memberikan paparan yang lebih baik untuk tontonan video juga ketika bermain permainan. Difahamkan Sony turut bekerjasama pihak lain dalam menghadirkan paparan optimum untuk permainan seperti Fortnite dan Asphalt Racing.Screenshot 2019-02-25 at 18.30.02

Ciri Game Enhancer juga disediakan untuk yang penggemar permainan, berfungsi menyekat notifikasi dan merakam aksi dalam permainan.

 

Berstatus flagship, peranti ini dikuasakan dengan Snapdragon 855 bersama padanan memori RAM 6GB bersama storan dalaman 128 yang boleh diluaskan lagi menerusi kad MikroSD sehingga 512GB.

Screenshot 2019-02-25 at 18.15.45

Kamera terdiri daripada gabungan lensa 12MP; 26mm untuk lensa utama, 16mm wide-eye dan 52mm untuk telefoto disertakan dengan penstabilan hybrid OIS/EIS.

 

Rakaman swafoto menggunakan lensa 8MP disokong ciri SteadyShot dan berupaya mengambil foto HDR. Sensor pengimbas cap jari terletak dibahagian sisi peranti iaitu dibawah butang pelaras bunyi.

Screenshot 2019-02-25 at 18.18.21

Bateri berkapasiti 3300mAh diisi melalui port USB-C dengan sokongan pengecasan Xperia Adaptive Charging. Ditawarkan dengan pilihan warna hitam, putih, kelabu dan ungu, harga model ini masih belum didedahkan lagi tetapi ura-ura menyatakan ia mungkin dinilaikan pada paras menghampiri $1000 (~RM4066).

#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
#MWC2019 – Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY