Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.40.40 AM (1)

#MWC2019 – Energizer Umum Telefon Pintar Lipat Dengan Sokongan 5G

Diterbitkan Februari 27, 2019 ยท Dikemas kini Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Energizer sebelum ini telah mengejutkan kita dengan pengenalan Energizer Power Max P18K Pop, sebuah peranti yang dimuatkan dengan bateri berkapasiti 18,000 mAh.

Tidak cukup dengan peranti yang dikatakan mampu berkuasa sehingga 50 hari itu, satu lagi model turut dipertontonkan pada acara MWC2019 adalah Power Max P8100S.

#MWC2019 – Energizer Umum Telefon Pintar Lipat Dengan Sokongan 5G

Sebelum menyentuh kepada rekaan kita lihat dahulu spesifikasi asas yang dilengkapkan pada peranti ini.

  • Cip pemprosesan 855
  • RAM 8GB
  • Storan 256GB dengan sokongan kad MikroSD
  • Dwi kamera belakang 48MP+12MP
  • Kamera swafoto 24MP
  • Bateri 10,000mAh

Dari segi rekaan, peranti boleh lipat ini sedikit berbeza dengan Huawei Mate X kerana apabila dilipat, hanya terdapat satu skrin paparan diluar.

#MWC2019 – Energizer Umum Telefon Pintar Lipat Dengan Sokongan 5G

Rekaan bahagian engselnya pula dilihat sangat tidak menarik jika dibandingkan dengan Huawei Mate X yang menggunakan rekaan lebih kemas dipanggil Falcon Wing Hinge.

Power Max P8100S bakal dijual pada harga 850 euro (~RM3939), jauh lebih murah berbanding nilai jualan Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold. Namun begitu, perbezaan harga ini bukanlah kayu pengukur diantara peranti-peranti diatas kerana, pengguna pastinya mahukan ciri dan prestasi terbaik dari produk yang dibeli.

WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.40.39 AM
WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.40.40 AM (1)
WhatsApp Image 2019-02-28 at 12.40.40 AM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY