Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer

#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer

Diterbitkan Februari 26, 2019 · Dikemas kini Februari 27, 2019 oleh Haikel Areff

Selalu bising dan bengang bateri telefon anda gagal bertahan untuk tempoh yang lama? Energizer Power Max P18K Pop adalah penyelesaian untuk anda.

#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer

Telefon daripada pengeluar bateri terkemuka ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 18,000mAh.

Bukan sahaja kapasiti baterinya yang besar, tetapi peranti ini juga adalah telefon paling tebal pernah dihasilkan. Lihat sahaja gambar dibawah,

#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer
#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer
Phone Arena

 

Menurut pihak Energizer, peranti ini mampu bertahan lebih daripada sebulan atau lebih tepat selama 50 hari dalam mod stand-by.

Namun, ia mengambil tempoh yang agak lama untuk dicas semula setelah kehabisan bateri iaitu selama 9 jam.

#MWC 2019 – Telefon Dengan Bateri Sebesar 18,000mAh Dari Energizer

Sekiranya anda gemar menonton video, telefon ini akan membenarkan anda menonton video selama dua hari tanpa henti sebelum ia kehabisan bateri.

Spesifikasi lain bagi peranti ini juga adalah agak memberangsangkan. Ia didatangkan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P70, 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB serta panel skrin 6.2-inci FHD+.

Screenshot 2019-02-26 at 12.22.49 PM
Urban Tecno

Bagi tetapan kameranya pula, Power Max P18K Pop ini menggunakan kamera utama tri-lensa 12MP+5MP+2MP serta kamera swafoto popup 16MP+2MP.

Keluaran terbaru Energizer ini bakal dipasarkan di Eropah pada harga €600(~RM2776). Bagaimanapun kedatangan peranti ini ke pasaran tempatan masih samar-samar ketika ini.

Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY