Kini, Sony dijangka akan melancarkan dua telefon Xperia Mark III pada pertengahan tahun ini. Dua telefon tersebut adalah Sony Xperia 5 III dan Sony Xperia 1 III.
Kita bergerak dengan Xperia 5 III dahulu yang mana ia mungkin akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 dan 8GB RAM dimana model terdahulu turut tampil spesifikasi berkelas andalan.
Bagi paparan pula, dijangka hadir seperti tahun lalu iaitu skrin dengan nisbah 21:9, 6.1 inci beresolusi 1080x2520 dan kadar penyegaran sekurang-kurangnya 120Hz.
Telefon ini pasti akan menyokong 5G dan bagi kamera, dijangka dilengkapi 3 kamera dimana kamera utama 12MP, sudut lebar dan telefoto.
Untuk Xperia 1 III pula, kami pernah melaporkan sebelum ini yang mana spesifikasinya didedahkan @TheGalox.
Ia dijangka menjadi sebuah telefon pintar yang khusus untuk multimedia kerana dilengkapi paparan 4K OLED dengan kecerahan ditingkatkan sebanyak 15%.
Spesifikasi seakan Xperia 5 III iaitu tampil seperti telefon berkelas andalan. Dijana Snapdragon 888, 8GB RAM, storan 256GB dan rangkaian 5G.
Dari segi rekaan, ia akan hadir dengan pengimbas cap jari pada butang sisi dan menggunakan panel kaca bahagian belakang.
Seperti biasa, mungkin dilengkapi tiga kamera tetapi terdapat sumber mengatakan ia dijangka hadir dengan kamera zum periskop.
Dua Xperia III ini berkemungkinan menjadi kenyataan memandangkan tahun lalu Sony melancarkan Xperia 5 II dan Xperia 1 II serentak.
Jika ada yang tertanya dengan harga jualan, kemungkinan dua model ini akan dijual pada harga tidak jauh beza dengan model yang lalu iaitu sekitar ~RM5000.
Sumber: techradar, letsgodigital
Berkaitan
- OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya
- Rekaan Huawei P50 Tertiris, Tampil 4 Kamera Belakang
- Tonton Dan Menang RM10 Ribu Dalam Kejohanan Wild Rift eGG Network
- Doktor Guna Kamera Makro iPhone 13 Pro Untuk Ambil Gambar Mata Pesakit
- Canon Perkenal Projektor Mini Tanpa Wayar, Ditawarkan Pada Harga RM2,199
- realme GT Master Series Akan Dilancar 21 Julai, Ini Spesifikasi Yang Didedahkan
- Lama Nak Tunggu? Anda Boleh 'Install' Windows 11 Cara Manual
- Ini Mungkin Salah Satu Tambah Baik Dalam iOS 14.6 Akan Datang
- DNB: Harga Jualan Data 5G Akan Didedahkan Kepada Umum
- Rangkaian 5G Dijangka Meliputi 53% Seluruh Dunia Menjelang Tahun 2025