Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia

Selain Sony Xperia 1 II, Sony Malaysia turut menyenaraikan harga jualan Xperia 5 II. Jika Xperia 1 II berharga RM4,999, Xperia 5 II pula dijual pada harga RM4,099.



Ia sedikit rendah berikutan Xperia 5 II merupakan model ini adalah lebih kecil berbanding Xperia 1 II.

Walaupun begitu, Xperia 5 II tetap hadir dengan spesifikasi mercu Snapdragon 865, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Skrin pula adalah bersaiz lebih kecil pada 6.1 inci berbanding 6.5 pada Xperia 1 II. Resolusinya pula adalah Full HD+ HDR OLED dan menariknya mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Kapsyen: Sony Xperia 5 II


Xperia 5 II menawarkan 3 lensa belakang, 12MP utama, 12MP sudut lebar, dan juga 12MP telefoto.

Untuk swafoto pula, terdapat lensa swafoto. Mengenai bateri, kapasiti sebesar 4,000mAh dibekalkan yang turut menyokong pengecasan pantas 21W.

Pihak Sony Malaysia hanya menyenaraikan telefon ini untuk dijual pada masa akan datang. Berikutan itu, masih belum diketahui tarikh pelancaran rasminya.

Sumber: Sony Malaysia

Berkaitan