Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image (3)

Mungkin Begini Rupanya Jika Google Maps Wujud Di Telefon Tahun 1999

Diterbitkan Julai 9, 2025 ยท Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh Amalina Athman

Google Maps boleh dikatakan antara aplikasi paling berpengaruh dalam sejarah, dengan perkhidmatannya sudah wujud sejak lebih dua dekad. Tapi, bayangkan kalau ia dilancarkan sedikit lebih awal?

Satu video konsep yang tular di platform X baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Ia membayangkan bagaimana Google Maps mungkin kelihatan jika dijalankan pada telefon ikonik Nokia sekitar awal 2000-an.

Sebagai konteks, Google Maps dilancarkan untuk dekstop pada Februari 2005, sebelum diperluaskan ke telefon pintar apabila penggunaannya semakin berkembang.

Berbalik kepada video tular itu, seorang pereka menunjukkan versi Google Maps seolah-olah beroperasi pada telefon klasik Nokia 3210, model tahun 1999 yang menjadi pendahulu kepada Nokia 3310.

If Google Maps had existed in 1999. pic.twitter.com/2jXTBOwOIU

— .W. (@Febri_Walanda) July 4, 2025

Konsep video ini menunjukkan versi Google Maps yang direka menggunakan titik hitam, dengan memaparkan destinasi, jarak perjalanan, arah laluan dan kawalan peta, seolah-olah ia boleh digunakan jika wujud 25 tahun lalu.

Google Maps Nokia 3210

Selain menghiburkan, konsep ini turut mencetus rasa nostalgia dalam kalangan pengguna yang pernah melalui era telefon monokrom. Ia juga membuatkan kita tertanya, bagaimana agaknya pengalaman navigasi jika teknologi seperti ini tiba lebih awal?

Kalau anda boleh bawa satu aplikasi moden ke peranti lama seperti ini, aplikasi apa yang akan menjadi pilihan?

Berkaitan

  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Mulai 15 Jun, Kad Hadiah Google Play Tidak Lagi Tersedia Di Malaysia
  • Google Umum Hentikan Sokongan Chrome Untuk Versi Android Terdahulu

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY