Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
M2U Biz

Mulai 26 November, Transaksi Perniagaan Guna Secure2u Di Aplikasi M2U Biz Sepenuhnya

Diterbitkan Oktober 30, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan Secure2u akan menjadi satu-satunya cara untuk mengesahkan dan meluluskan semua transaksi perniagaan di aplikasi M2U Biz, bermula 26 November 2023.

Berkaitan

  • Akaun MAE Kini Dikenali MAE Wallet
  • Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober

Dah daftar Secure2u di aplikasi MAE. Boleh ke daftar Secure2u di aplikasi M2U Biz guna peranti sama?

Ya. Jelas Maybank, anda boleh mendaftar pada peranti yang sama untuk menggunakan Secure2u bagi pengesahan transaksi daripada aplikasi MAE dan M2U Biz.

Boleh guna untuk dua peranti?

Tidak. Secure2u hanya tersedia untuk satu peranti pada satu masa.

Cara daftar Secure2u di aplikasi M2U Biz

Terlebih dahulu, muat turun aplikasi M2U Biz di Apple App Store (versi iOS 12 dan terkini) atau Google Play Store (versi Android 9.0 dan terkini). Setelah itu, ikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi M2U Biz dan tekan “Control Centre” di atas kiri.
  2. Kemudian klik pada “Settings” dan pilih “Security”.
  3. Seterusnya, tekan aktifkan Secure2u.

Mulai 26 November, Transaksi Perniagaan Guna Secure2u Di Aplikasi M2U Biz Sepenuhnya

Jenis transaksi yang memerlukan Secure2u di M2U Biz

Pengesahan Secure2u di aplikasi M2U Biz untuk meluluskan transaksi melalui aplikasi atau web terbahagi kepada dua fasa. Bagi fasa pertama yang bermula 26 November 2023, ia melibatkan transaksi berikut:

  • Pindahan dana kepada penerima baharu
  • Pindahan dana ke “Favourite”
  • Menambah “Favourite” baharu untuk pindahan dana
  • Pindahan DuitNow kepada penerima sekali sahaja
  • Pindahan DuitNow ke “Favourite”
  • Tambah “Favourite” baharu untuk penerima DuitNow

Sementara fasa kedua akan bermula 20 Januari 2024. Ia akan diperluas untuk pembayaran FPX, permohonan dalam talian, pengurusan kad, ASNB, pembayaran JomPAY dan lain-lain.

Untuk mengelakkan sebarang gangguan untuk transaksi perniagaan, pengguna disaran untuk mengaktifkan segera Secure2u di aplikasi M2U Biz sebelum tarikh tersebut.

Sumber: Maybank (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY