Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic V6 1

Mula Ditawarkan Melalui Telco, HONOR Magic V6 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM95 Sebulan

Diterbitkan Jun 25, 2026 oleh Amsyar Latif

Selepas mencetakkan momentum jualan yang memberangsangkan, HONOR Malaysia kini mengumumkan kolaborasi bersama empat syarikat telekomunikasi utama tempatan bagi menawarkan pelan pascabayar (postpaid) mampu milik untuk memiliki telefon pintar boleh lipat andalan terbaharunya, HONOR Magic V6 (varian 16GB RAM + 512GB storan).

Menerusi kerjasama strategik ini, pengguna di Malaysia boleh membawa pulang peranti ultra nipis berkenaan pada komitmen bulanan yang jauh lebih rendah berbanding harga runcit asal RM7,699.

Berdasarkan struktur penawaran semasa, Yes mendahului dengan harga paling rendah di mana pelanggan boleh memiliki Magic V6 bermula daripada RM95 sebulan melalui pelan Infinite+ Ultra.

HONOR Magic V6 Yes Plan

Seterusnya, CelcomDigi menawarkan peranti ini pada kadar bermula RM147 sebulan menerusi pelan CelcomDigi One, diikuti oleh Maxis pada harga RM155 sebulan di bawah pakej Maxis Postpaid.

HONOR Magic V6 CelcomDigi Plan
HONOR Magic V6 Maxis Plan

Sementara itu, U Mobile menyediakan pelan pemilikan bermula RM166 sebulan menerusi pelan ULTRA Family tanpa sebarang bayaran pendahuluan (upfront).

HONOR Magic V6 U Mobile Plan

Langkah ini dilihat sebagai alternatif terbaik buat pengguna yang mahu menikmati spesifikasi ekstrem peranti tersebut seperti cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri Silikon Karbon 6,660mAh, struktur kalis air berkembar IP68/IP69, serta fungsi kesalinghubungan lancar dengan peranti Apple (Cross-OS Connectivity) secara ansuran bulanan yang fleksibel mengikut kesesuaian bajet masing-masing.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Hari Pertama Jualan HONOR Magic V6 Terima Sambutan Hangat
  • Uji Ketahanan Ekstrem Magic V6, Siri Jerayawara HONOR Tawar Hadiah Lumayan RM130,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY