Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V6 First Day Sale KV.jpg

Hari Pertama Jualan HONOR Magic V6 Terima Sambutan Hangat

Diterbitkan Jun 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Hari pertama jualan rasmi telefon pintar boleh lipat flagship HONOR Magic V6 menyaksikan kehadiran luar biasa pelanggan yang membanjiri premis HONOR Experience Store di seluruh negara. Rata-rata pembeli terawal meluahkan keterujaan untuk mencuba sendiri peranti ultra nipis setebal 8.75mm ini, yang menawarkan peningkatan drastik dari segi ketahanan fizikal, kapasiti bateri, serta keupayaan kecerdasan buatan (AI) gred tinggi.

Tinjauan pasaran mendapati faktor utama yang mendorong sambutan hangat pada hari pertama jualan ini adalah keunikan Magic V6 sebagai peranti boleh lipat pertama di dunia yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Selain itu, integrasi ekosistem HONOR Connect yang membolehkan kesalinghubungan lancar dengan peranti Apple seperti pengurusan fail iCloud dan pemindahan dokumen pantas ke MacBook yang mana menjadi tarikan utama bagi pengguna hibrid Android dan iOS di Malaysia.

Peranti ini turut dilengkapi dengan Bateri Silikon Karbon terbesar dalam kelasnya iaitu 6,660mAh, struktur engsel keluli gred pesawat, serta penarafan kalis air berkembar IP68 dan IP69.

The HONOR Magic V6 free gift bundle KV

HONOR Magic V6 ditawarkan pada harga RM7,699 untuk varian storan 512GB dan RM8,899 bagi varian 1TB dengan empat pilihan warna premium.

Bersempena dengan momentum hari pertama jualan ini, setiap pembelian turut disertakan dengan pakej hadiah percuma eksklusif bernilai RM2,597 yang merangkumi Bantal Leher Bermuzik HONOR, serta pelan perlindungan jaminan premium selama dua tahun.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Harga Honor Magic V6 Rasmi Bermula RM7,699, Telefon Lipat Android Pertama Mesra Ekosistem Apple
  • HONOR MagicPad 4 Turut Dilancarkan - Skrin OLED 165Hz, Dwi-OS, Harga Bermula RM3,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY