Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insiden Sekuriti iPay88, Kad Bank Boleh Diguna Seperti Biasa – Persatuan Bank

Insiden Sekuriti iPay88, Kad Bank Boleh Diguna Seperti Biasa – Persatuan Bank

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh Amalina Athman

Semalam, penyedia perkhidmatan transaksi dalam talian, iPay88 telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden keselamatan siber di mana data kad pengguna mungkin berpotensi dikompromi.

Lanjutan daripada itu, pihak Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menegaskan bahawa pihak bank memandang serius keselamatan data pemegang kad.

Berkaitan

  • Adakah Kata Laluan Anda Benar-Benar Kukuh? Ini Tips Untuk Cipta Kata Laluan Yang Kukuh
  • 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
  • iPay88 Sahkan Ada Pencerobohan Data, Maklumat Kad Pengguna Mungkin Dicuri

Berikutan itu, pihak bank telah mengambil langkah tambahan bagi melindungi pemegang kad daripada potensi risiko yang mungkin timbul daripada kejadian tersebut. Ini termasuk meningkatkan pemantauan penipuan masa nyata (real-time) untuk mengesan tingkah laku penggunaan kad jika terdapat di luar kebiasaan.

Bank-bank juga telah melaksanakan langkah keselamatan berbilang lapisan seperti pengesahan dwi-faktor untuk mengelakkan transaksi kad kredit dan kad debit yang tidak dibenarkan. Sekiranya pihak bank mengesan transaksi yang meragukan, mereka akan berhubung secara terus dengan pemegang kad.

Dengan itu, ABM dan AIBIM meyakinkan pemegang kad boleh terus menggunakan kad bank mereka seperti biasa. Dalam pada itu juga, pemegang kad diingatkan untuk memantau dengan teliti penyata bank dan maklumat transaksi. Jika mengesan sebarang transaksi yang meragukan, pemegang kad perlu menghubungi segera pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad.

Sumber: ABM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY