Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pendeposit Tabung Haji Kini Boleh Pindahkan Dana Ke Akaun Simpanan Melalui JomPAY

Pendeposit Tabung Haji Kini Boleh Pindahkan Dana Ke Akaun Simpanan Melalui JomPAY

Diterbitkan Februari 3, 2021 · Dikemas kini Februari 3, 2021 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji (TH) kini memperknalkan kemudahan pemindahan dana secara dalam talian melalui JomPAY. Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha TH ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh untuk kemudahan pendeposit.

Sebanyak 28 buah bank di Malaysia menyediakan kemudahan ini menerusi platform perbankan internet masing-masing. Melalui JomPay, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH dengan lebih mudah.

Tabung Haji JomPAY

Sebagai tambahan, tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan untuk menggunakan kaedah pembayaran melalui JomPAY. Juga, tiada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pendeposit.

Bagi anda yang ingin melakukan transaksi simpanan, JomPay Biller Code bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1.

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY