Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unknown tracker Google

Pengguna Android Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Ada ‘Unknown’ AirTag Berdekatan

Diterbitkan Julai 28, 2023 ยท Dikemas kini Julai 28, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Mei lalu, Google telah bekerjasama dengan Apple untuk memperkenal ciri notifikasi amaran jika terdapat peranti penjejak ‘unknown’ yang berdekatan, termasuk AirTag. Ia bertujuan untuk menangani isu penyalahgunaan peranti penjejakan yang diingini.

Terbaharu, Google mengumumkan ciri keselamatan itu telah mula dilepaskan kepada Android 6.0 dan ke atas, secara berperingkat.

Berkaitan

  • Google Didakwa Sedang Bangunkan Peranti Penjejak Seperti 'AirTag'
  • Apple, Google Kerjasama Untuk Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan

Dengan ciri ini, pengguna Android akan menerima notifikasi amaran secara automatik, jika peranti penjejakan dipisahkan daripada pemilik dan sebaliknya melakukan perjalanan bersama anda.

Google tracker_1

Pengguna boleh klik notifikasi untuk melihat tempat terakhir keberadaan peranti penjejak itu. Seterusnya, menggunakan fungsi “Play Sound” untuk membuatkan peranti penjejak itu mengeluarkan bunyi, serta menjejaknya tanpa pengetahuan pemilik.

Google tracker_2

Jika peranti penjejakan tidak dibenarkan itu dikesan berdekatan, Google akan memberikan maklumat peranti termasuk nombor siri atau 4 digit terakhir nombor telefon pemilik berdaftar, bersama cara untuk menyahaktifkan penjejak itu.

Selain itu, Google turut menyediakan ciri imbasan manual di bahagian Settings > Safety & Emergency > Unknown tracker alerts > Scan now, untuk menyemak sama ada terdapat penjejak berdekatan yang dipisahkan daripada pemiliknya.

Perlu diketahui, buat masa ini, ciri notifikasi amaran peranti penjejakan tidak diketahui itu, hanya serasi dengan AirTag sahaja.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY