Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Muat Turun Secara Berjadual, Fungsi ‘Download Later’ Akan Hadir Pada Peranti Android

Muat Turun Secara Berjadual, Fungsi ‘Download Later’ Akan Hadir Pada Peranti Android

Diterbitkan Julai 21, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh Amalina Athman

Google kini dilapor sedang membangunkan fungsi “download later” pada pelayar Chrome bagi peranti Android. Ia membolehkan pengguna menetapkan muat turun fail pada masa dan tarikh tertentu.

Ini bermakna, apabila fungsi ini telah tersedia, pengguna tidak lagi perlu bergantung kepada aplikasi download manager yang menawarkan fungsi yang sama.

Muat Turun Secara Berjadual, Fungsi ‘Download Later’ Akan Hadir Pada Peranti Android

Pelayar Chrome pada peranti Android akan hadir dengan beberapa pilihan untuk menguruskan muat turun. Terdapat tiga pilihan di bahagian muat turun tersebut iaitu “Now”, “On WiFi”, dan “Pick date & time” dengan pilihan menandakan pada “Don’t show again” sebagai rujukan.

Memilih “Pick date & time” akan membenarkan pengguna menjadualkan muat turun tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila fungsi ini akan tersedia dalam versi stabil.

Sumber: Techdows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY