Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kiplepay Maklum Pengguna Risiko Pencerobohan Data Pihak Ketiga

Kiplepay Maklum Pengguna Risiko Pencerobohan Data Pihak Ketiga

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Pembekal perkhidmatan e-dompet, KiplePay telah mengeluarkan notis melalui e-mel kepada pengguna Kiple Visa Prepaid Card mengenai risiko pencerobohan data, yang disebabkan oleh insiden keselamatan siber yang berlaku kepada gerbang pembayaran pihak ketiga baru-baru ini.

Berkaitan

  • KiplePay Kini Boleh Mengeluarkan Kad Prabayar Visa
  • Insiden Sekuriti iPay88, Kad Bank Boleh Diguna Seperti Biasa - Persatuan Bank
  • Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan - BNM

Notis itu dikeluarkan susulan pemberitahuan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendedahkan potensi insiden pelanggaran data pihak ketiga baru-baru ini dan meminta syarikat itu memaklumkan kepada pemegang kad yang terjejas mengenai langkah perlindungan tambahan.

Menurut Kiplepay, pihaknya memandang serius tentang langkah keselamatan dan pematuhan syarikat itu adalah selaras dengan dasar, arahan dan standard keselamatan BNM serta meyakinkan pengguna bahawa integriti perkhidmatan mereka tidak terjejas.

Dalam pada itu, Kiplepay juga telah mempertingkatkan langkah-langkah pemantauan penipuan dan keselamatan untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti transaksi yang mencurigakan serta pada masa yang sama terus melindungi pengguna Kiplepay.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY