Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp 2

Pekerja Boleh Dibuang Jika Hina Rakan, Ketua Dalam ‘Group’ WhatsApp – Mahkamah Jerman

Diterbitkan Ogos 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mahkamah Buruh Jerman memutuskan bahawa pekerja boleh dipecat jika menghina pekerja lain atau majikan walaupun dalam kumpulan peribadi WhatsApp.

undefined
Mahkamah Buruh Jerman

Lelaki yang membawa kes ini ke mahkamah ialah seorang kakitangan di syarikat penerbangan TUI fly dan juga merupakan ahli kumpulan tersebut.

Ahli-ahli dalam kumpulan ini telah bertahun-tahun lamanya berkongsi kenyataan yang menghina, bersifat perkauman, tidak berperikemanusiaan, seksis dan mempunyai unsur keganasan dalam kumpulan WhatsApp itu.

TUIfly Nordic. Airline code, web site, phone, reviews and opinions.

Mereka bukan saja tujukan kenyataan ini pada orang di luar kumpulan, tetapi juga sesama sendiri.

Apabila didedahkan pada majlis pekerja dan pengurus sumber manusia, syarikat mengambil tindakan dengan memecat mereka.

Kes ini kemudian dibawa ke mahkamah rendah yang mana keputusan memihak kepada ahli kumpulan WhatsApp dengan memutuskan bahawa mereka mempunyai hak kerahsiaan dalam komunikasi.

Berkaitan

  • 'Group' WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, 'Admin' Lebih Berkuasa
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini
  • 2 Individu Didenda RM40 Ribu Jual 'Android Box' Dengan Kandungan Astro Secara Haram

Namun, apabila dibawa ke mahkamah tinggi, hakim memutuskan bahawa walaupun ia kumpulan peribadi, tetapi kerahsiaan masih bergantung pada saiz kumpulan dan kandungan dalamnya.

Ini bermakna syarikat TUIfly berhak memecat kakitangan tadi walaupun kenyataan penghinaan mereka itu dikongsi dalam kumpulan peribadi WhatsApp.

Sumber: DW

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY