Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Muat Turun Kemaskini Piala Dunia 2018 Pada Permainan Fifa 18 Anda Sekarang

Muat Turun Kemaskini Piala Dunia 2018 Pada Permainan Fifa 18 Anda Sekarang

Diterbitkan Mei 30, 2018 ยท Dikemas kini Mei 30, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, pengeluar permainan video terkemuka, Electronic Arts (EA) telah mengumumkan kemaskini percuma bagi downloadable content(DLC) Piala Dunia 2018 untuk permainan FIFA 18. Dan mulai semalam, pemilik permainan video ini bagi platform PC, Playstation 4 dan Xbox One sudah boleh mula mendapatkannya.

Muat turun terbaru ini adalah merupakan Kemaskini 1.13 bagi permainan ini dan ia memiliki saiz sebesar 5.28GB. Kemaskini ini akan membawa masuk kesemua negara yang layak ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada pertengahan Jun ini.

EA telah memberi jaminan bahawa kesemua negara bertanding akan dipersiapkan dengan jersi rasmi mereka. Selain itu, beberapa stadium rasmi kejohanan juga telah dibawa masuk melalui kemaskini ini.

Sedikit mengecewakan apabila EA tidak akan membawa masuk pasukan-pasukan baru yang gagal layak ke kejohanan tersebut. Ini bermakna pemain-pemain dari negara yang tidak tersedia di dalam permainan ini sebelum ini tidak dapat menggunakan pasukan kebangsaan kesayangan mereka.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY