EA Umum Piala Dunia 2018 Russia Akan Hadir ke FIFA 18 Secara Percuma

Piala Dunia FIFA 2018 bakal dilangsungkan di Russia kurang dua bulan daripada sekarang. Dan atas sebab itu, pada 1 Mei yang lalu, pembangun permainan video bola sepak paling popular di dunia, FIFA iaitu Electronic Arts (EA) melalui EA Sports telah mengumumkan bahawa kejohanan tersebut akan hadir ke permainan FIFA 18 sebagai DLC (downloadable content) secara percuma.



Perkara ini telah dilaporkan menerusi akhbar Britain, Daily Star. Dalam laporan tersebut ada dimaklumkan bahawa semua pasukan yang layak ke Piala Dunia FIFA 2018 akan tersedia dengan jersi rasmi masing-masing selain tambahan sebanyak 12 stadium baru yang menjadi venue untuk kejohanan itu nanti. Selain itu, bola rasmi dan trofi kejohanan juga akan disediakan untuk pengalaman Piala Dunia yang sebenar bagi pemain.

Dalam pada itu, satu video trailerĀ telah dikeluarkan oleh EA Sports berkenaan dengan pengumuman terbaru mereka ini. Sekali lagi mereka memilih untuk menggunakan pemain bintang Real Madrid dari Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai duta mereka untuk kemaskini mod terbaru ini.

https://youtu.be/GhZgn4SDb4Y

Walaubagaimanapun, pihak EA Sports telah mengumumkan bahawa pasukan yang tidak layak ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 kali ini tidak akan dapat dimainkan dalam mod ini kecuali pasukan-pasukan kebangsaan yang telah sedia ada pada permainan FIFA 18.

Ini membawa sedikit kegembiraan kepada penyokong pasukan yang tidak layak seperti Itali dan India manakala agak mengecewakan untuk peminat bola sepak negara kita kerana tidak akan dapat membawa Malaysia untuk menyertai atau menjuarai Piala Dunia FIFA kali ini.

Menurut laporan, EA Sports telah mengumumkan bahawa kandungan DLC ini akan tersedia untuk dimuat turun oleh pemain FIFA 18 bermula pada 29 Mei ini, iaitu kira-kira dua minggu sebelum kejohanan sebenar bermula. Sama-sama kita nantikan kemuculannya.

Sumber