Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Muat Turun Aplikasi Pasca-Bayar MyCelcom Sekarang

Posted on Mac 16, 2017

Aplikasi MyCelcom PostPaid sudah dilancarkan secara rasmi.

Aplikasi yang telah melalui ujian beta September yang lalu, kini sudah boleh mula dimuat turun pengguna yang menggunakan platform Android.

Ia pertama kali kelihatan di PlayStore bulan Disember yang lalu tetapi dilabelkan sebagai aplikasi yang tidak stabil.

Bagi pengguna iOS, anda perlu bersabar kerana Celcom berjanji MyCelcom PostPaid akan ditawarkan di App Store sedikit masa sahaja lagi.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang fungsi MyCelcom PostPaid, berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan dengan aplikasi tersebut:

  • Akses kepada maklumat profil
  • Memantau panggilan
  • Lihat penggunaan data internet dan SMS
  •  Membuat pembayaran bil
  • Membeli pakej-pakej tambahan yang dipromosikan Celcom

Untuk pengguna kali pertama, selepas memuat turun anda hanya perlu:

  1. Memasukkan nombor telefon dan meminta TAC, atau
  2. Gunakan akaun Khidmat Pelanggan Atas Talian Celcom untuk log masuk

Muat turun MyCelcom Post Paid. (Android)

 

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress