Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Pasca-Bayar MyCelcom Sudah Berada Di PlayStore

Aplikasi Pasca-Bayar MyCelcom Sudah Berada Di PlayStore

Diterbitkan Disember 21, 2016 ยท Dikemas kini Disember 21, 2016 oleh Helmi Samsuri

September yang lalu, Celcom ada memperkenalkan aplikasi pascabayar tetapi terhad kepada versi beta. Terkini, aplikasi itu dilihat sudah bersedia untuk digunakan umum setelah ia kelihatan berada dalam senarai muat turun PlayStore.

Buat masa sekarang aplikasi tersebut dilabel sebagai ‘unreleased’ atau ‘belum dilancarkan’ tetapi pengguna masih boleh memuat turun ia untuk mencubanya. Aplikasi MyCelcom Postpaid membolehkan pengguna untuk melihat status akaun, membayar bil yang tertunggak, dan juga membeli add-ons. Tidak cukup dengan itu, aplikasi itu juga berupaya untuk mengesan kadar penggunaan data internet, panggilan suara, SMS, dan juga penggunaan roaming.

credit: lowyat.net
credit: lowyat.net

Untuk memuat turun aplikasi, anda hanya perlu tekan butang pasang pada aplikasi PlayStore dan tunggu untuk proses pemasangan. Apabila selesai dipasang, aplikasi akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon mudah alih anda dan anda akan menerima nombor TAC untuk tujuan pengesahan.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini hanya terhad kepada pengguna Android sahaja. Kepada semua pengguna Celcom FIRST, anda boleh muat turun aplikasi disini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
©2026 WISER.MY