Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
192GB_support-1920×1080 (AMD)

MSI Umum Sokongan RAM DDR5 Di ‘Motherboard’ AMD Siri AM5 Sehingga 192GB

Diterbitkan Mei 3, 2023 · Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh ariff bukhari

MSI sudah mula melepaskan kemas kini BIOS terbaru kepada pengguna motherboard (papan induk) MSI bagi menangani isu cip pemprosesan burnout yang telah dilaporkan sebelum ini.

Tetapi MSI juga memaklumkan, pada masa yang sama dengan kemas kini ini, MSI mengumumkan sokongan sehingga 192GB kapasiti memori RAM DDR5 untuk semua papan induk AMD Siri AM5.

192GB_support-1920×1080 (AMD)-2

Kemas kini ini adalah untuk memastikan kit modul memori DDR5 berasaskan 24GB dan 48GB serba baharu boleh memuatkan maksimum 192GB pada semua 4 DIMM atau 96GB pada 2 slot DIMM dengan sempurna di atas papan induk Siri AM5.

Modul memori DDR5 baharu menawarkan gabungan prestasi kelajuan dan kapasiti maksimum untuk pengguna profesional, pencipta kandungan dan lain-lain yang sangat bergantung pada multitasking dan boleh mendapat manfaat dengan ketara daripada peningkatan kecekapan yang lebih baik tanpa menjejaskan prestasi sistem keseluruhan.

MSI 192GB RAM DDR5
Konfigurasi MPG X670E CARBON WIFI (BIOS AGESA 1.0.0.6 terkini) dipadankan dengan CPU Ryzen 9 7950X dan memori RAM 192GB.

Berkaitan

  • Selepas 14 Tahun, Intel Bersedia Gugurkan Cip Pemprosesan Siri 'Core i'
  • IBM Dilapor Rancang Gantikan 7,800 Pekerjaan Dengan AI
  • Cip AMD Ryzen 7000X3D Tidak Menyokong Penuh 'Overclocking' - MSI

Sumber: Siaran Media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY