Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI BIOS Update

Cip AMD Ryzen 7000X3D Tidak Menyokong Penuh ‘Overclocking’ – MSI

Diterbitkan Mei 3, 2023 oleh ariff bukhari

Susulan daripada isu cip pemprosesan AMD burnout yang telah dilaporkan sebelum ini, MSI telah respon dengan menyatakan bahawa pihak mereka telah berhubung rapat dengan AMD dan telah merujuk kepada panduan teknikal rasmi AMD untuk diberikan kepada pengguna bagi memastikan persekitaran perkakasan yang lebih selamat dan dioptimumkan.

Sehubungan itu,  MSI akan mengeluarkan senarai baharu kemas kini BIOS khusus untuk CPU siri AMD Ryzen TM 7000.

MSI menyatakan, berdasarkan kepada spesifikasi reka bentuk AMD, CPU siri Ryzen TM 7000X3D tidak menyokong sepenuhnya pelarasan overclocking atau overvoltage, termasuk nisbah CPU dan voltan CPU Vcore.

Walau bagaimanapun, teknologi AMD EXPO boleh digunakan untuk mengoptimumkan prestasi memori dengan meningkatkan voltan SoC CPU dengan sewajarnya kepada memastikan kestabilan sistem apabila beroperasi pada frekuensi memori yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai papan litar MSI yang akan terima kemas kini BIOS dengan ciri sekatan voltan CPU:-

MSI BIOS with CPU voltage restrictions

Untuk kemas kini BIOS baharu ini yang akan dilepaskan secara berperingkat, MSI akan mengutamakan had ini pada voltan SoC CPU.

MSI juga mengesyorkan pengguna yang menggunakan CPU siri Ryzen TM 7000 untuk mengemas kini BIOS mereka dan menggunakan penyejukan CPU yang mencukupi, seperti 280mm atau penyejukan AIO yang lebih tinggi, untuk mencapai prestasi optimum.

Berkaitan

  • AMD Lepaskan Kemas Kini BIOS Tangani Isu Cip Pemprosesan "Burnout"
  • Tempah ASUS Zenbook S 13 Sekarang Dan Dapatkan ASUS ZenScreen Secara Percuma
  • 'Laptop Gaming' Terbaru Acer Tiba Di Malaysia, Kuasa Grafik Dijana NVIDIA GeForce RTX 4060

Sumber: Siaran Media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY