Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Teruskan Sokongan Firefox Untuk Windows XP dan Vista Sehingga September 2017

Mozilla Teruskan Sokongan Firefox Untuk Windows XP dan Vista Sehingga September 2017

Diterbitkan Disember 26, 2016 · Dikemas kini Disember 26, 2016 oleh Helmi Samsuri

Sepertimana yang kita tahu, Microsoft sudah menghentikan kemaskini sistem operasi Windows XP. Syarikat itu juga menyarankan pengguna Windows untuk menaik taraf sistem operasi komputer kepada Windows 10. Namun, Microsoft masih berbaik hati dengan memanjangkan sedikit sokongan terhadap Windows Vista sehingga 11 April 2017.

Perkara ini terjadi kerana, syarikat berkenaan beranggapan bahawa hampir kesemua pengguna menggunakan sistem operasi Windows 7 dan keatas. Tetapi untuk beberapa alasan, masih terdapat segelintir pengguna yang lebih gemar untuk menggunakan Windows XP dan Vista. Oleh kerana itu, pengguna yang menggunakan sistem operasi terbabit tidak perlu khuatir kerana Mozilla akan menyediakan sokongan kepada Windows XP dan Vista sehingga bulan September 2017.

Dalam sebuah posting di laman blog Mozilla, mereka menyatakan akan menyediakan sokongan kepada kedua-dua versi sistem operasi terbabit setidak-tidaknya hingga September 2017. Selain itu, pihak Mozilla juga akan meninjau kembali jumlah pengguna untuk Windows XP dan Vista dan tarikh akhir untuk servis sokongan terakhir akan diumumkan kemudian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY