Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Send -Laman Perkongsian Dokumen Yang Dipermudahkan

Mozilla Send -Laman Perkongsian Dokumen Yang Dipermudahkan

Diterbitkan Ogos 4, 2017 oleh Haikel Areff

Mozilla telah melancarkan satu laman web baru yang memudahkan pengguna menghantar fail dan dokumen kepada kenalan. Laman baru ini dipanggil Send.

Nampak macam biasa tetapi sebenarnya laman ini dmemfokuskan kepada perkongsian fail yang mudah, efisyen dan boleh dilakukan secara privasi antara dua pengguna.

Screen Shot 2017-08-04 at 10.56.14 AM

Maksud privasi disini bermaksud setelah pengguna menghantar fail atau dokumen ke sesorang, fail tersebut akan dipadamkan sejurus ia dimuat turun. Fail tersebut juga tidak akan disimpan dalam cloud dalam jangka masa yang lama, fail akan terpadam secara automatik selepas 24 jam, dan tidak boleh diakses lagi.

Fungsi seperti ini kita dapat lihat menerusi servis seperti AirDrop untuk pengguna Mac. Servis seperti Gmail pula hanya terhad kepada 20Mb dan jika anda menggunakan servis seperti Google Drive atau Drop box, fail yang dihantar akan memenuhi ruang storan dan tiada indikasi khusus yang memberitahu sama ada fail tersebut sudah dimuat turun oleh kenalan atau tidak.

Anda boleh mencuba sendiri Send melalui pautan yang disediakan di bawah. Ketika ini ianya masih lagi dalam tempoh percubaan.

Mozilla Send

Sumber: Firefox Test Pilot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY