Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sonos Move2_CARRY_ME

Move 2 Pembesar Suara Mudah Alih Premium Terbaru Dari Sonos Berharga RM2,799

Diterbitkan September 7, 2023 · Dikemas kini September 7, 2023 oleh ariff bukhari

TC Acoustic hari ini memperkenalkan generasi pembesar suara baharu mudah alih dan premium, Sonos Move 2.

Antara ciri utama Sonos Move 2 adalah reka bentuk ultra kalis air, bunyi stereo yang lebar dan bass yang dalam tidak kira di mana anda mendengar serta menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam – dua kali ganda dari generasi Move yang asal.

Move 2 Pembesar Suara Mudah Alih Premium Terbaru Dari Sonos Berharga RM2,799
Move 2 boleh didapati dalam warna Olive serta warna Hitam dan Putih.
Move 2 Pembesar Suara Mudah Alih Premium Terbaru Dari Sonos Berharga RM2,799
Ia juga boleh digabungkan dengan produk Sonos yang lain.

Selain itu, Move 2 juga menampilkan antara muka baharu termasuklah butang audio untuk kawalan yang lebih mudah, sokongan ciri arahan suara Sonos Voice Control, Amazon Alexa, aplikasi Sonos, Apple AirPlay2 menyemak bateri dan banyak lagi.

Sonos Move 2 akan tersedia bermula 6 Oktober 2023 pada tanda harga RM2,799. Pra-pesanan boleh dilakukan melalui tcacoustic.asia pada 6 September, 9.00 malam dan Sonos Concept Store di The Starhill dari 7 September dan seterusnya. 

Berkaitan

  • TC Acoustic Secara Rasmi Membuka Sonos Concept Yang Pertama Di Kuala Lumpur
  • Sonos Era 300 Yang Sokong Spatial Audio Apple Music Masuk Malaysia, Turut Dijual Ialah Era 100

Sumber: Siaran media Sonos

(Beli pelbagai produk Sonos dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY