Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan

Motorola Kini Jenama Telefon Ke-3 Terbesar di Amerika Syarikat

Diterbitkan Mac 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Di Amerika Syarikat, sangat sukar untuk melihat rakyat mereka menggunakan peranti Android. Kalau di Malaysia iPhone ialah sebuah kemewahan, ia adalah disebabkan norma gaji kita yang membuatkannya tampak mahal.

Tetapi di negara kelahiran Apple, memiliki iPhone bukan satu bentuk pengorbanan besar. Andai kata seseorang menggunakan peranti Android, ia pastinya daripada Samsung.

Susah benar untuk melihat mereka menggunakan peranti Android dari Xiaomi, OPPO mahupun sebagainya.

Dapatan terbaharu daripada Counterpoint Research menunjukkan di saat Apple dan Samsung terus mengungguli tempat pertama dan kedua sejak berzaman, Motorola pula kini dengan pantas meraih kedudukan ke-3.

Counterpoint Research USA Smartphone Sell-through Share by Brand: Motorola #3

Hal ini sebenarnya disebabkan lompong ditinggalkan LG apabila mereka secara rasmi menutup bahagian telefon pintar pada April lalu.

Terdahulu, LG-lah yang menduduki nombor tiga di Amerika Syarikat dan posisi ini sekarang diganti Motorola.

Daripada graf, boleh kita lihat LG dan Motorola saling berubah tempat sejurus LG menamatkan pengeluaran telefon mereka.

Namun, bukan disebabkan itu, Motorola juga telah naik ke tempat ke-2 bagi segmen telefon bawah $400 (~RM1600) di AS. Antara model yang membantu ialah Moto Styleus G, Moto G Power dan Moto G Pure.

Pada Disember 2021, Apple memegang pasaran sebanyak 58%, Samsung dengan 22% dan Motorola sebanyak 10%.

Untuk makluman, Motorola kini di bawah Lenovo selepas dijual semula oleh Google pada 2014.

Di Malaysia, telefon pintar Motorola agak langka (rare) dan sesiapa yang menggunakan sememangnya bukan pengguna biasa.

Sumber: Counterpoint

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY