Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 11T Pro

Xiaomi 12T Pro Lulus SIRIM, Ini Ura-Ura Spesifikasi Dua Model Siri Ini

Diterbitkan Ogos 3, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pertama kali bergabung dengan Leica, siri Xiaomi 12S mendapat perhatian peminat gadget seluruh dunia dengan kemampuan kameranya yang luar biasa.

Namun, siri Xiaomi 12T pula mungkin tidak lazim di telinga anda. Ini kerana ia dirancang akan dilancarkan kelak di beberapa benua termasuk Asia dan Eropah.

Mukul Sharma berkongsi bahawa salah satu model daripada siri ini iaitu Xiaomi 12T Pro telah disenaraikan di laman web SIRIM, menandakan sedang diuji agensi tersebut.

Memandangkan Xiaomi 12T Pro dipercayai ialah Redmi K50S Pro yang juga akan dilancarkan, maka ia dilaporkan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 200MP, lensa telefoto

xiaomi 12t pro sirim

Kapasiti baterinya pula memuatkan 5000mAh dan menyokong pengecasan berkelajuan 120W. Skrin OLED ditampilkan pula bersaiz 6.67 inci.

Khabar angin daripada alam maya memberitahu bahawa Xiaomi 12T pula akan dijana cip Mediatek Dimensity 8100 Ultra, RAM setinggi 12GB dan storan sehingga 256GB.

Skrinnya mungkin menggunakan panel AMOLED 120Hz. Resolusinya pula 1220×2712, ia antara FHD+ dan QHD+.

Dari segi kamera, versi bukan Pro ini mungkin menggunakan sensor Samsung HM6 iaitu 108MP dan ditemani 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera swafoto pula 20MP.

Xiaomi 12T Pro receives the SIRIM certification.#Xiaomi #Xiaomi12T #Xiaomi12TPro pic.twitter.com/cHLZT1god6

— Mukul Sharma (@stufflistings) August 1, 2022

Siri ini juga dikatakan akan hadir bersama MIUI 13 berasaskan Android 12 terbina.

Dengan ini, dapat dijangka telefon ini bersedia untuk dirasmikan di Malaysia tidak lama lagi, selari dengan laporan mengatakan pelancaran globalnya pada September.

Sumber: Mukul Sharma, ITHome, Xiaomiui, Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY