Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android auto game

Model Lama Xiaomi Tidak Lagi Sokong Android Auto

Diterbitkan Oktober 24, 2025 oleh ariff bukhari

Sejak Ogos lalu, Google sudah pun mula menamatkan sokongan  Android Auto untuk telefon yang menggunakan Android 8.0/8.1 Oreo.

Menurut laporan, ini sekali gus menjejaskan ramai pengguna Xiaomi yang masih setia menggunakan model lama Xiaomi dan Redmi yang dilancarkan antara tahun 2016 hingga 2018 dahulu, termasuk Mi 5, Mi 6 dan Redmi Note 4.

Penamatan sokongan ini adalah kerana model telefon Adroid terdahulu itu tidak mempunyai cip pemprosesan dan keselamatan yang diperlukan untuk menyokong teknologi Android Auto yang memerlukan sekurang-kurangnya peranti Android yang menjalankan versi Android 9 atau terbaru.

Jadi, untuk menggunakan Android Auto, pengguna Xiaomi  ada pilihan berikut:

  • Naik taraf ke model baharu seperti Xiaomi 17 atau POCO F8 atau peranti yang menjalankan Android 9 dengan HyperOS 3.
  • Tidak mengemas kini versi Android Auto dengan kekal pada 15.5.
  • Terhad menggunakan sambungan Bluetooth sahaja untuk fungsi asas seperti muzik dan panggilan.

Google dan pengeluar lain kini memberi tumpuan kepada sokongan perisian jangka panjang.

Malah Xiaomi juga sedang memperkukuh ekosistemnya agar lebih serasi dengan Android Auto masa depan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Penyelidik Dedah Kod 2FA Boleh Dicuri Dari Telefon Android
  • ROG x Honkai Impact 3rd, Koleksi Eksklusif Hanya 5,000 Unit Di Seluruh Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY