Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tengku Zafrul_3

MITI Tak Pernah Umum Tesla Akan Buka Kilang Di Malaysia – Tengku Zafrul

Diterbitkan Ogos 9, 2024 · Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan laporan baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul tampil menjelaskan bahawa pihak kementerian atau mana-mana agensinya tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilang di Malaysia.

Menurutnya, kesahihan berhubung laporan itu perlu disemak dengan Tesla memandangkan sumber berita berkenaan bukanlah daripada syarikat itu.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menyatakan pihaknya memang mengadakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di negara ini.

Tanya Tesla.

Betul ke Tesla tak jadi bina kilangnya di Asia Tenggara?

Laporan ini diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand dan dipetik semula oleh akhbar negara kita.

Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous… pic.twitter.com/fzMn0k0bwg

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) August 8, 2024

Tengku Zafrul juga berkata dalam usaha mengukuhkan ekosistem kenderaan elektrik (EV), kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV.

Tujuan inisiatif itu ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas bagi kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV.

Setakat ini, hanya Tesla yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV.

Dari 2022 hinggalah suku pertama 2024, beliau memaklumkan MITI telah menarik pelaburan bernilai RM24.55 bilion dalam aktiviti pembuatan berkaitan EV daripada syarikat seperti Chery, Gemilang Coachwork, Samsung SDI Energy, NexV Manufacturing dan EVE Energy.

Pengeluar tempatan turut menyokong rantaian bekalan global Tesla dengan membekalkan alat ganti, komponen dan sistem automasi kilang kepada mereka.

Berkaitan

  • Pengecas Super V4 Tesla Akan Dibuka Di Pulau Pinang, Cas 15 minit Dapat 282 Km
  • Tesla Model 3 Baharu Dan SUV Model Y Kini Boleh Dimiliki Serendah RM81 Sehari Selama 5 Tahun
  • Pemilik EV Selain Tesla Di AS Didapati Lebih Berpuas Hati Dengan Kenderaan Mereka - Kajian
  • Laporan Tesla Batalkan Rancangan Kilang EV Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial - MITI

Sumber: Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY