Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
supercharger tesla malaysia

Pemilik EV Selain Tesla Di AS Didapati Lebih Berpuas Hati Dengan Kenderaan Mereka – Kajian

Diterbitkan Julai 31, 2024 ยท Dikemas kini Julai 31, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terkini yang diterbitkan dalam Kajian Prestasi Automotif, Pelaksanaan dan Susun Atur J.D. Power 2024 A.S. (APEAL), pemilik kenderaan elektrik (EV) yang dibuat oleh pengeluar selain Tesla melaporkan tahap kepuasan yang lebih tinggi berbanding pemilik EV dari gergasi kenderaan elektrik milik Elon Musk.

“Kepuasan pengguna dengan kenderaan elektrik bateri (BEV) bukan Tesla berada pada tahap tertinggi sepanjang masa (877), mengatasi Tesla (870).” J.D Power.

Frank Hanley, pengarah kanan penanda aras auto di J.D. Power berkata,

“Pengeluar tradisional telah mendengar Suara Pelanggan,”

J.D Power menyatakan, peningkatan dalam kepuasan pengguna terhadap EV adalah disebabkan oleh peningkatan dalam jarak pemanduan dan penambahbaikan di bahagian dalaman yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, sistem info hiburan yang menjadi semakin rumit tidak disukai pengguna.

“Pemilik bergelut untuk melaksanakan tugas berkaitan audio yang mudah, jadi ia menimbulkan persoalan sama ada pembuat kereta sebenarnya selaras dengan keinginan dan keperluan pelanggan mereka.” Frank Hanley.

Kajian APEAL A.S. 2024 tersebut adalah berdasarkan maklum balas daripada 99,144 pemilik kenderaan model tahun 2024 baharu yang ditinjau selepas 90 hari pemilikan.

Kajian itu dijalankan dari Julai 2023 hingga Mei 2024 berdasarkan kenderaan yang didaftarkan dari April 2023 hingga Februari 2024.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: J.D Power

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY