Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MITI Tengku Zafrul Julai 2025

MITI Belum Temui Bukti Penyeludupan Cip – Tengku Zafrul

Diterbitkan Julai 16, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menemui sebarang bukti berkaitan insiden penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kementerian telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penggiat industri untuk menyiasat perkara itu.

Setakat ini, kami tidak menemui sebarang bukti. Kami telah bercakap dengan Amerika Syarikat dan pemain besar untuk bekerjasama dengan kami. Jika ada bukti, kami pasti akan mengambil tindakan. Siasatan masih berjalan.

Menurut beliau, permintaan terhadap cip AI di Malaysia kini meningkat selaras dengan pertumbuhan pesat industri pusat data tempatan.

Tengku Zafrul turut berpandangan kedudukan Malaysia sebagai pemain dominan dalam industri pusat data telah menarik perhatian sehingga menimbulkan ‘red flags’.

Pada Isnin lepas, MITI mengeluarkan arahan baharu dengan mengenakan kawalan serta-merta ke atas eksport, pemindahan dan transit cip AI berprestasi tinggi dari AS di Malaysia di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) dikenali sebagai peruntukan “Catch-All Control”.

Berkaitan

  • Malaysia Rancang Ketatkan Pemantauan Aliran Cip Nvidia
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY