Mission: Impossible 7 - Lihat Aksi Mendebarkan Oleh Tom Cruise


Video baru dari penggambaran filem Mission: Impossible 7 memperlihatkan Tom Cruise melakukan satu aksi gila untuk sekuel filem itu. Setelah ditangguhkan awal tahun ini disebabkan coronavirus, produksi Mission: Impossible 7 telah dimulakan secara rasmi minggu ini.

Francais aksi ini terkenal dengan penggunaan aksi hebat, yang kebanyakannya dilakukan oleh bintang utama itu sendiri. Filem sekuel terbaru yang bakal ditayangkan tahun depan juga tidak terlepas dari persembahan aksi mendebarkan nanti.

Penggambaran Mission: Impossible 7


https://www.instagram.com/p/CEzSnUzjFAx/?utm_source=ig_embed

Walaupun belum banyak yang diketahui mengenai plot Mission: Impossible 7, dikhabarkan penulis-pengarah Christopher McQuarrie akan kembali memimpin produksi. Mengikuti karyanya dalam Mission: Impossible - Rogue Nation (2015) dan susulan pada tahun 2018, Mission: Impossible - Fallout, pastinya sekuel ketujuh tidak kurang hebatnya.

Malah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, McQuarrie dan Tom Cruise kelihatan sibuk dalam menyiapkan aksi untuk dua sekuel termasuk Mission: Impossible 8. Pandangan pertama penggambaran juga memperlihatkan Tom Cruise melakukan aksi dari ketinggian yang sangat mencemaskan dan mendebarkan.

Dikongsi oleh ZachMaciel di Twitter, rakaman baru menunjukkan Tom Cruise menunggang motosikal dari tanjakan puncak gunung sebelum terjun ke bawah. Tentunya seperti sebelumnya, sepanjang penggambaran, Tom Cruise diikuti dengan helikopter dengan kamera yang terpasang di bahagian depannya.



Sudah tentu, mustahil untuk mengetahui apakah konteks atau plot sekitar aksi ini yang menyebabkan Ethan Hunt terpaksa menunggang motosikalnya ke arah tebing itu. Walau bagaimanapun, aksi itu nampaknya sesuai dengan filem itu kerana ia sangatlah luar biasa.

Disebabkan lakonannya dalam Mission: Impossible, Tom Cruise meletakkan dirinya ke satu standard yang tidak banyak bintang filem berani untuk melakukan aksi-aksi seperti beliau.



Seperti dalam setiap filem francais itu, Tom Cruise bukanlah satu-satunya yang beraksi dalam filem itu. Pelakon antara lain, Rebecca Ferguson dan Hayley Atwell turut terlibat dalam filem ini nanti.

Mission: Impossible 7 dikhabarkan akan dilancarkan pada 19 November 2021. Sementara itu, anda boleh saksikan Mission: Impossible yang sebelumnya di Netflix.

Sumber: Digital Spy & Daily Mail UK

Baca lagi: No Time To Die – Lihat Video Acah Terbaru Filem James Bond