Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Minimal Phone 5

Minimal Phone, Alternatif Telefon Pintar Berharga Dari ~RM1,600

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Menurut kajian oleh Baclinko, secara purata, seorang pengguna di seluruh dunia menghabiskan masa mereka selama 6 jam 40 minit menatap skrin telefon pintar sahaja.

Disebabkan itu, anda kehilangan 7 jam sehari, kira-kira 2 hari seminggu atau hilang 21 tahun sepanjang hidup anda.

Jadi, sebab itulah sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Minimal Company hadir menawarkan alternatif kepada telefon pintar dengan melancarkan ‘Minimal Phone’.

Minimal Phone adalah sebuah telefon pintar Android, memfokuskan pada kesederhanaan dan produktiviti menerusi peranti ringkas yang akan dapat mengurangkan gangguan kepada penggunanya.

 

Minimal Phone 1
Minimal Phone hadir dalam pilihan warna Onyx,Pebble dan Fusion
Minimal Phone 2
Minimal Phone menggunakan paparan bersaiz 4.3 inci (4:3 ratio) dan resolusi 230ppi.
Minimal Phone 3
Minimal Phone 4

Antara ciri utama Minimal Phone adalah skrin monochrome (e-ink) yang bertujuan menghilangkan elemen visual yang mengganggu dan memanjangkan ketahanan bateri yang didakwa mampu memberi sehingga 4 hari penggunaan.

Ia juga dilengkapi dengan papan kekunci fizikal QWERTY (auto teringat BlackBerry Classic Q20) bagi memberi pengalaman menaip sebenar berbanding skrin sentuh.

Minimal Phone
Minimal Phone juga dilengkapi dengan fungsi semasa seperti NFC, pengimbas cap jari, pengecasan tanpa wayar (Qi), bicu audio dan sokongan dua SIM.

Menjalankan sistem Android 14, jadi Minimal Phone menyokong penuh Google Play Store untuk muat turun aplikasi tetapi dengan antaramuka yang lebih ringkas tanpa gangguan yang tidak perlu.

Minimal Phone kni sudah pun boleh dipra pesan dari laman rasminya The Minimal Company | Live More, Scroll Less. pada harga bermula USD399 (~RM1,600)  bagi varian RAM  6GB+storan 128GB.

Syarikat itu menjadualkan penghantaran Minimal Phone kepada para pelanggannya pada 25 Oktober 2025.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • (Video) China Usaha Hidupkan Kembali BlackBerry Dengan Android 13
  • POCO C85 Dilancarkan - Bateri 6000mAh, Skrin 120Hz, Harga Bermula RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY