Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store Apple_Engadget

Lebih Banyak Syarikat Kritik Dasar Baharu App Store

Diterbitkan Januari 30, 2024 · Dikemas kini Januari 30, 2024 oleh Amalina Athman

Apple baru-baru ini mengumumkan perubahan pada App Store di Kesatuan Eropah (EU), bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) EU.

Seiring perubahan itu, Apple telah memperkenalkan Core Technology Fee baharu untuk pembangun yang ingin mengedarkan aplikasi di gedung aplikasi pihak ketiga di EU. Pembangun perlu membayar sebanyak €0.50 (~RM2.57) bagi setiap pemasangan aplikasi tahunan, setelah melepasi 1 juta muat turun.

Namun, langkah yang dilakukan Apple menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pembangun. Perubahan itu dikatakan tidak cukup, dengan alasan struktur yuran Apple kekal tidak adil.

Berkaitan

  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah
  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah

CEO Spotify Daniel Ek mengkritik perubahan ekosistem aplikasi Apple. Dakwanya, Apple mengemukakan “rancangan baharu yang merupakan satu sandiwara lengkap dan menyeluruh dengan berpura-pura mematuhi arahan”.

Pada asasnya, cukai lama tidak boleh diterima pakai di bawah DMA, dan Apple membuat cukai baharu yang secara kasar dilihat lebih mematuhi undang-undang. Walhal, Apple seolah-olah memaksa pembangun untuk kekal dengan status quo – yang mana ia bertentangan dengan matlamat DMA.

Presiden Xbox Sarah Bond dalam catatan balas di X mengatakan dasar baharu Apple dilihat sebagai “satu langkah ke arah yang salah”.

We believe constructive conversations drive change and progress towards open platforms and greater competition. Apple's new policy is a step in the wrong direction. We hope they listen to feedback on their proposed plan and work towards a more inclusive future for all. https://t.co/mDRI5KPJf6

— BondSarahBond (@BondSarah_Bond) January 29, 2024

Sebelum itu, CEO Epic Games Tim Sweeney juga lantang mengkritik perubahan Apple dengan menggelarkannya sebagai “contoh baharu Pematuhan Hasad” atau “hot garbage”.

Apple's plan to thwart Europe's new Digital Markets Act law is a devious new instance of Malicious Compliance.

They are forcing developers to choose between App Store exclusivity and the store terms, which will be illegal under DMA, or accept a new also-illegal anticompetitive…

— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) January 25, 2024

Sejak dari awal, EU hanya meminta Apple mematuhi DMA, tanpa menjelaskan dalam keadaan yang lebih spesifik perkara yang perlu dilakukan bagi mematuhinya. Apple, sudah tentunya mencari cara yang boleh mengurangkan impak kepada syarikat itu.

EU boleh ambil tindakan tegas

Dalam laporan Reuters, Pesuruhjaya Eropah untuk Pasaran Dalaman Thierry Breton berkata pihak berkuasa akan menilai rancangan Apple mulai 7 Mac 2024, bersama maklum balas daripada pihak ketiga.

Jika penyelesaian yang dilakukan Apple tidak cukup baik, EU tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas.

Sumber: Reuters, Spotify Newsroom, The Verge

Gambar utama: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY